Perkhidmatan Sewa Kereta Kota Bharu.
Jika anda diberi masa cuti selama 3 hari 2 malam, manakah destinasi pelancongan dalam negara yang ingin anda pergi? Apa kata dengan kesempatan yang diberikan, anda melawat Negeri Serambi Mekah, Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim.
Bagi warga Negeri Kelantan, apa kata anda bawa rakan-rakan atau keluarga melawat tempat-tempat yang tidak pernah dikunjungi. Mesti ada tempat-tempat atau kawasan-kawasan yang tak pernah langsung dikunjungi sepanjang menetap di Kelantan. Kalau nak rasa seperti melancong walaupun dalam negeri sendiri, dicadangkan tinggal di hotel sekurang-kurangnya dua malam. Barulah rasa seperti melancong.
Bagi anda yang bukan anak jati Kelantan, anda tak perlu risau mencari hotel-hotel, chalet, atau tempat-tempat tinggal, kerana anda boleh cari di laman web pelancongan seperti Agoda.com, Trivago.com dan sebagainya untuk senarai hotel-hotel yang sesuai dengan kemampuan dan bajet anda.
Jika anda rasakan hotel terlalu kecil untuk keluarga anda yang besar atau tak mampu nak sewa banyak bilik, anda boleh sewa homestay yang rata-rata membolehkan anda menyewa sebuah rumah, lengkap dengan kemudahan perabot, televisyen, tempat memasak dan juga tidak kentinggalan, Wi-Fi.
Anda boleh dapatkan senarai homestay di laman Airbnb.com untuk senarai homestay yang murah dan berpatutan sehinggalah apartmen mewah lengkap dengan kolam renang, gym dan taman permainan kanak-kanak.
Bagi anda yang memerlukan kenderaan untuk bergerak, anda boleh dapatkan Perkhidmatan Sewa Kereta Kota Bharu. Banyak syarikat kereta sewa menawarkan harga yang berpatutan mengikut jenis kenderaan.
Tidak semestinya yang melancong sahaja memerlukan kenderaan sewa. Andainya anda adalah penduduk Kelantan, dan ada keluarga atau sahabat lama yang akan datang, anda boleh sewakan kenderaan untuk memudahkan tetamu anda bergerak didalam Kelantan. Anda juga boleh sewakan kereta mewah untuk tetamu kehormat yang datang melawat.
Salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta Kota Bharu adalah Go Rocket Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat kereta sewa ini menawarkan pelbagai jenis kenderaan dari kereta Perodua Axia, MPV sehinggalah Van Mewah Vellfire, mengikut keperluan dan bajet anda. Anda boleh layari laman sesawang utama mereka untuk melihat senarai kereta sewa dan perkhidmatan yang disediakan.
Go Rocket Travel & Tours Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Bharu
Go Rocket Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk semua peringkat pelanggan tidak kira individu, kerajaan atau swasta, sama ada rakyat tempatan atau dari luar negara. Setiap kenderaan yang disediakan boleh disewa secara harian, mingguan atau bulanan pada kadar sewa yang berpatutan.
Terdapat 12 jenis kereta yang disewakan oleh Go Rocket yang boleh anda pilih.
- Viva
- Axia
- Alza
- Myvi
- Bezza
- Saga
- Golf
- Avanza
- Vellfire
- Starex
- Nissan Urvan
- Hiace
5 Alasan Kenapa Anda Nak Go Rocket Travel & Tours Sebagai Perkhidmat Sewa Kereta Kota Bharu
KEBERSIHAN. Perkara pertama yang perlu mendapat perhatian anda adalah kebersihan kereta. Kereta yang bersih memberikan ketenangan dan keselesaan sepanjang pemanduan anda. Pihak Go Rocket akan memastikan kenderaan yang anda terima bersih dan wangi.
KESELAMATAN. Ia adalah pekara yang dititik berat oleh Go Rocket. Mereka memastikan setiap kenderaan diselenggara mengikut jadual untuk memastikan anda mendapat kenderaan yang terbaik, selamat digunakan dan tidak mengalami sebarang masalah sepanjang penyewaan.
PENGHANTARAN. Anda tak perlu dan pening kepala mencari lokasi syarikat Go Rocket semata-mata untuk mengambil kenderaan yang ditempah. Sebaliknya, pihak Go Team yang akan menghantar kenderaan kepada anda tidak kira dimana sahaja lokasi anda berada.
PELBAGAI PILIHAN. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat pelbagai model kereta disediakan untuk pilihan dan keperluan anda. Tidak kira apa bentuk penggunaan, sama ada untuk bergerak ke sesuatu destinasi, untuk menyambut tetamu atau memindah barang, Go Rocket ada kenderaan yang bersesuaian.
KHIDMAT PELANGGAN 24/7. Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini dalam tempoh penyewaan, anda boleh menghubungi call center Go Rocket di talian +6016-7508833 pada bila-bila masa. Perkhidmatan menunda kenderaan 24 jam juga disediakan.
BONUS, KUPON DISKAUN. Bagi pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan sewa kereta Kota Bharu Go Rocket sebelum ini, mereka akan mendapat diskaun istimewa untuk sewaan seterusnya.
Pendek cerita, anda mahu sewa kenderaan dari Go Rocket Travel & Tours kerana memberikan perkhidmatan terbaik, mantap dan memuaskan dari segi keadaan kereta, keselesaan pelanggan, kebersihan kereta, keselamatan pelanggan dan prestasi kereta yang mantap.
Perkhidmatan Sewa Kereta Kota Bharu Go Rocket Dengan Kadar Sewa Yang Rendah
Kadar sewa yang murah dan berpatutan dengan jenis kenderaan, anda boleh menyewa bermula dengan RM50 sehari dan anda akan menerima kenderaan yang selesa, selamat dan lancar supaya anda boleh tenang menikmati perjalanan.
Anda tak perlu membocorkan poket anda dengan membayar harga sewa yang tidak munasabah. Sebaliknya, wang yang anda jimatkan dapat digunakan untuk tujuan yang lain seperti menikmati pelbagai juadah makanan dan masakan istimewa yang terdapat di Negeri Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang.
Testimoni Pelanggan Yang Telah Menggunakan Perkhidmatan Sewa Kereta Kota Bharu Murah Go Rocket
Anda akan dapati ramai dari pada pelanggan Go Rocket menyatakan kepuashatian mereka. Perkataan “Terbaik” menjadi sebutan. Bukti sebagai perkhidmatan yang diberikan bertaraf 5 bintang. Berikut adalah antara ulasan positif yang diberikan oleh pelanggan setia Go Rocket.
Jom Tempah Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Bharu SEKARANG !
Hubungi Go Rocket segera untuk keselesaan perjalanan dan kunjungan anda di Kelantan. Pejabat urusan Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd terletak di Machang, Kelantan, di hadapan Pasar Besar Machang, atas stesen teksi dan kereta sewa, bersebelahan stesen bas SKMK.
Alamat:
Go Rocket Travel and Tours sdn bhd
PT695 Jalan Bakti,
Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang
18500 Machang. Kelantan
Tel: 016 7508833
Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan kereta sewa murah dari Go Rocket, boleh juga layari laman web www.keretasewamachang.com atau laman web www.roketholidays.com
Leave a Reply